Monday, 21 December 2015

EPILOG - ALI BABA

assalamualaikum dan salam sejahtera, berikutan adalah sambungan kisah ali baba, ali baba mempunyai seorang sahabat bernama rejab baba yang merupakan saudagar kedekut sifatnya. namun si ali baba ni tak kisah pon apa yang si rejab baba ni buat so maka di jadikan cerita rejab baba tanya la camane nak jadi kaya lalu si ali baba bagitahu la yang nak jadi kaya dengan pergi ke hutan mencari kayu api dan terjumpa gua yang didalam nya mempunyai harta karun daripada penyamun. si rejab baba dengan sua nya tros lari keluar rumah lalu mengambil lori tros pergi ke guaa tersebut dan mencuri harta karun milik pencuri, akhirnya, si rejab baba kantoi dengan  pencuri semasa mencuri, maka rejab baba telah dikenakan hukuman mati kerat 34 bahagian. ali baba berasa bimbang dengan keadaan rejab baba yg tidak pulang ke rumah hingga lewat malam telah membuatkan beliau mencari nya di gua itu, sesampainya si ali baba ke tempat itu, dia melihat tangan dan jari rejab baba bertaburan dan melihat kepala sudah dibelah empat oleh si pencuri. si ali baba berasa sedih lalu membawa serpihan badan rejab baba pulang ke rumah. kejadian itu membuatkan ali baba insaf untuk mengambil harta orang lain tnpa kebenaran lagi. sejak itu beliau bekerja keras mencari rezeki ntok diri sendiri dan keluarga nya.

sekian epilog dari saya. harap maaf sepanjang 26 post yang saya ceritakan ada yang terasa hati. semoga berjumpa di lain masa, sekian terima kasih kerna sudi membaca

POWERPOINT

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. hari ni nak cerita pasal powerpoint. bukannya apa sangat pon powerpoint ni. aku nak cerita pasal presentation powerpoint yang akan dilakukan esok. secara jujur nya aku dah lupa nak buat blog ni sebab nak siap kan powerpoint punya video. aku rasa serba salah dekat sir dan paling utama dekat dak2 group aku la, dorang dah buat kerja baik2 sampai aku buat video buruk semacam. huhu aku nak blame diri aku gak la sebab tak belajar awal awal guna video editor yang jenis advance dulu. huhu. tapi alhamdulillah siap la gak. bersyukur dengan apa yang ada. okay tu je nak cerita pada kali ini. sekian, terima kasih. 

Monday, 14 December 2015

KESEDARAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Sedar x sedar ada lagi dalam dua minggu untuk hadap peperiksaan akhir sem satu. So masalah yang sama bagi aku setiap tahun, kesedaran dan tindakan untuk belajar aku masih takde, aku masih malas macam dulu. Effort untuk aku belajar masih takde. Nak buat blog ni pon dah rasa malas. Dah takde semangat untuk belajar. Huhu. Padahal waktu awal awal masuk UKM ni dulu punya la semngat kata nak dapat dekan setiap sem. Nak aktif nak rajin nak ubah sikap yang malas drpd dulu samai la sekarang ni. Tapi masalahnya aku sedar perkara ini, tetapi aku terlalu amat malas untuk melakukan perubahan ini. Bayangkan kalau ad 10 orang mcm aku dekat pentadbiran kerajaan,, tak ke Malaysia ni akan melingkup?? Hahaha. Jadi aku harap para pembaca dapat mendoakan aku menjadi rajin semula dan diterang kan hati ketika mengulang kaji. Amin. Okay la sampai sini je aku nak cerita. Sekian, terima kasih.

PROLOG - ALI BABA

assalamulaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. tajuk blog bertema hari ini ialah prolog. sebenarnya aku confuse nak wat tajuk prolog ke epilog dulu. sbb roommate aku kate epilog dulu, lepas sekian lama aku bertakafur dan mencari ilham di pakcik google baru aku tau roommate aku ni kekadang sakai gak bole confuse dengan prolog dan epilog nie hahaha. so aku baru tahu yg prolog tu pembukaa, atau introduction, manakala epilog ni pula conclusion je. hahaha

so prolog aku ringkas je sebab aku dah blank xtau nak buat mcm mana dengan tajuk blog bertema ni. hahaha. so bermula dengan alkisah dimana seorang rakyat miskin papa kedana yang bernama ali baba bujang lapok yg tidak mempunyai pekerjaan dan hutang yg bertimbun di dalam hidupnya. di zaman kos sara hidup yg meningkat dan membebankan rakyat ni, ali baba terpaksa mencari kayu api didalam hutan untuk dijual seterusnya memberi nafkah kepada isteri kesayangannya, fatimah aisyah. semasa sibuk mencari nafkah di dalam hutam, si ali baba terjumpa satu gua yang penuh dengan emas. yaa, emas tu ali baba tahu siapa pemiliknya, seorang penyamun negeri yang bernama najibatun kuskus. namun begitu, penyamun negeri sgt bermurah hati lalu memberikan 2.6% harta nya kepada ai baba.

maka ali baba pulang dgn happy nya berjumpa isteri nya fatimah aisyah, sekian, nnt kan sambungan cerita ini di epilog. terima kasih.

Monday, 7 December 2015

M.N.S - MENCARI NUR SYURGA

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. hari ni aku nak cerita pasal tajuk 'Mencari Nur Syurga'. pertama sekali tajuk kali ni amat islamik sikit sebab tugasan blog kali ni psl akronim berdasarkan nama sendiri, maka wujud lah tajuk ini hasil daripada bantuan roommate yang baik hati memberi idea tajuk blog kali ini. cuma suka aku nak ingatkan kepada para pembaca supaya ingat, walau pon kita orang islam, tak semestinya kita terlepas dari dosa. syurga Allah itu pasti untuk hambaNya,, cuma kita yang tentukan sama ada kita nak masuk, atau pon tidak. sebelum kita mati meninggalkan dunia yag fana ini, buatlah kebaikan kepada kedua ibu bapa kita sebelum terlambat. sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu, maka berbakti lah kepada ibu dan ayah kita yang telah menjaga kita sejak dari saat kita menempuh alam dunia. itu saja buat kali ini, hahaha sori la pendek sikit daripada sebelum ni, aku xde idea nak sampaikan apa sangat. sekian, terima kasih kerana sudi membaca 

Saturday, 5 December 2015

GELANDANGAN KSL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ini aku nak cerita mengenai suatu perkara yang berlaku pada aku selepas menjejakkan kaki ke UKM ini. Aku nak cerita mengenai satu group yang diberi nama Gelandangan KSL atau nama panjangnya Gelandangan Kelakar Sejak Lahir. Kelakar bukan?? Haha.. group ni mempunyai kisah yang panjang, bermula dengan kemenangan bergaya di dewan kuliah satu dalam acara pitching seterusnya mengungguli tempat ketiga bagi wakil fakulti acara pitching di perigkat akhir di dectar. Perjalanan GKSL tidak berakhir sampai disitu, setelah penasihat Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Dr. Doris Selvaratnam semangat mengambil kami untuk menghadiri kursus akta pengguna mengenai tarik kereta tapi kitorang tak dengar sangat layan je la. Haha



Okay ini gambar lepas kursus tu, haha. Biar lah aku perkenalkan ahli GKSL ni, yang depan mimi (Selangor), kiri tu khairin (Selangor), belakang sikit tersorok sebab kecik tu nama dia papaw (kedah,, kot), jejaka dekat belakang dari kanan nama die mus (selangor), die single lagi, tengah tu aku, kiri hujung terpinggir tu syafiq abam idola KUO (Melaka). Sebenarnya ada lagi seorang ahli, tapi sebab die ada masalah rumah tangga time tu so die tak dapat datang, kena jaga anak sebab isteri outstation kata nya, hahahaha. Haaa, kat bawah ni, yang depan sekali tu, tengah sakan berlatih untuk pitching tu nizam (Melaka) namanya, beliau la manusia yang ada masalah rumah tangga dan juga warga GKSL yang terakhir. Hahahaha.



Jadi ckopla aku cerita pasal ahli GKSL, panjang panjang nak tau info mohon PM aku je la ye. Hahaha. Okay tu je aku nak cerita pasal GKSL sebab aku kena paksa buat benda ni, dorang buli aku soh post psl dorg, huhu. :’( apa apa pon thanks to be my frens gais. :D gambar bawah ni lagi sekali nak tunjuk bukti kemenangan pitching kitorang dimana titik permulaan persahabatan kitorang. Sekian, terima kasih.





Monday, 30 November 2015

ZAINUDDIN HADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Tajuk blog pada kali ini bertemakan huruf yang telah dipilih oleh aku sendiri. Dan huruf yang aku pilih kali ini ialah huruf “Z”. walaupon huruf terakhir, Z bagi aku amat bermakna. Setiap kali huruf Z terpampang, aku hanya ingat seorang. Seorang yang aku kagum, sanjung dan idola since aku lahir, iaitu Zainuddin Hadi.

Mungkin ramai tertanya siapa sebenarnya Zainuddin Hadi ni, yang dikatakan idola aku, orang yang aku kagum and so on, sebenarnya Zainuddin Hadi ni ialah ayah aku sendiri. Ayah aku telah dilahirkan pada 5/10/1967 di Bidor, Perak. Ayah aku dapat pengajian pertama di sekolah rendah di Bidor dan kemudian ke SMK Kuala Kubu Bharu. Ayah aku kerja mekanik je tapi aku okay dengan pekerjaan bapak aku walaupon tak sehebat kerja orang lain. Sebab ayah aku mmg terer bab adjust2 kereta nie. Siap bukak company dan workshop sendiri lagi.

Ayah aku bole la tolong repair kereta korang kalau ada masalah, aku bole sertakan alamat sekali, no. 124 jalan PJS 3/6 Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Waktu cuti sebelum aku masuk UKM dulu aku kerja sekejap dengan ayah aku, mula2 aku rasa payah dan tak best apa semua. Tapi bila dah lama2 aku rasa seronok lak sebab rasa puas bila masalah kereta yang kita repair tu siap dan dah elok. Macam selesai kan math jugak la kereta ni. Hahaha.

Walaupon dengan kerja mekanik, Alhamdulillah family aku bahagia, dengan mempunyai seorang ayah yang hardworking , ibu yang penyayang, anak anak nya juga tidak ketinggalan mencipta sejarah tersendiri. Yang sulung sekarang dah berjaya luas kan kuasa nya ke UKM dalam ijazah sarajanamuda pentadbiran perniagaan, khabarnya nak tukar kos akaun bila masuk tahun dua nanti. Hahaha. Yang kedua baru selamat habis spm pagi tadi, hahaha tahniah angah habis gak kau alam persekolahan. Yang ketiga dekat SMAP Kajang selepas cemerlang dalam UPSR (5A) dan PSRA (Mumtaz).  Yang paling muda baru je graduasi dari TASKI ABIM hahaha. Aku dulu graduated tadika tak sempat pakai topi yang petak atas tu, tapi adik2 aku dah merasa dulu. Huhu kena tunggu graduate degree la macam ni hahaha

Okay tu je aku nak citer mengenai insan bernama Zainuddin Hadi, serba ringkas mengenai perjalanan hidup dan boleh dikire telah mencapai impian melihat anak anak dah besar. Tunggu giliran aku la nak jaga dorang sepertimana mereka menjaga aku sewaktu lebih kecil. Haha semoga mereka sihat dirumah, begitu juga adik adik. Sekian, terima kasih.

Tuesday, 24 November 2015

AMALI MAKMAL 2

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. hari ni bersamaan dengan hari selasa, 10.05 A.M, berlakunya satu ujian makmal mengenai tugasan access yang aku belajar tempoh hari. ujian die masyaallah susah gak la. aku tak paham apa benda itu lookup wizard. ye lah, sir ada cakap masuk lookup wizard tapi masalahnya ingat die main main. punya lah berdoa malam tadi supaya dapat soalan yang senang tapi, fuuuh payah bak hang oi. tapi nasib baik aku dilimpahi rahmat allah azza wa jalla, dengan berkat aku main tekan tekan dekat data type tu aku terjumpa la si lookup wizard dekat bawah tu. aku bersyukur giler la time tu jumpa lookup wizard kat situ. hahaha

okay nak carik lookup wizard nie je aku dah buat dan buang file access aku dalam 5 file. yelah, asyik buat error. aku delete la tros buat baru. orang kata kita buka kitab yang baru untuk perjalanan hidup yang baru. hahaha. tapi alhamdulillah la lagi sekali amali makmal 2 - access ni berjalan lancar dan siap bersama satu posting blog. 

lepas dah siap amali makmal aku ni aku rasa lega dah. haha. okay la tu je aku nak sampaikan untuk blog aku pasal amali makmal 2 aku. sekian, terima kasih.

Monday, 23 November 2015

EXAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Belakangan ini student ukm banyak exam mid sem, kuiz, dan assignment. Di sini aku nak share  sikit je pasal tips2 menjelang hari penting macam exam nie. Tapi first aku nak cakap aku tak lah terer atau pandai mana. Exam mid term hari t upon melingkup gak. Hahaha. Tapi aku nak share ap yang aku tau la dengan para pembaca kot2 kite bole share ap yang aku tau tapi korang tak tahu begitu juga sebaliknya.

First, kau buat study awal contoh mcm study week tu tak yah la nak gembira sangat dengan takde kelas. Korang dan aku patut start study dah sebab exam di peringkat sarjana muda nni lain dari matrik spm pmr. Makin tinggi level kau belajar lagi tinggi soalan high order thinking skills (HOTS). Macam aku ari tu dah insaf dah dengan exam mid term, azam baru aku nak skor carry mark aku and final. So senang aku dapat banggakan orang tua aku. Hahaha angan angan kena simpan awal bro, kalau tak macam mana nak capai kalau xde angan angan. Tapi biarlah angan angan tu masih berpijak dibumi nyata.

Kedua, jaga hubungan dengan orang. Jangan jadi mulut celupar sangat. Jangan jadi keyboard warrior. Orang tak suka dengan kau, bila orang tak suka dengan kau, keberkatan kau dengan orang tu akan hilang. Kau bayangkan kalau die doa macam macam yg buruk untuk kau dan Allah makbulkan?? Kau gak payah nanti. So nasihat aku kalau kau tak puas ati dengan seseorang kau citer je depan settle je depan die. Cakap leklok la takkan nak cakap kasar nanti bertumbuk lak korang nanti.


Okay tu je aku nak cerita buat post aku kali ni. Cerita aku kali ni tidak membabitkan golongan yang masih hidup atau yang sudah tiada. Just ambil iktibar dan mana mana yang bermanafaat untuk korang buat pedoman. Sekian, terima kasih.

EMOSI

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ni aku nak cerita pasal emosi. Semua orang ada emosi mereka tersendiri, ada yang baran ada yang jenis periang. Cuma kita je yang meentukan sama ada dapat mengawal emosi kita atau pon tidak. Kita selalu lupa untuk mengawal emosi kita, mungkin kerana kita tak cukup pandai kawal untuk mengawal emosi kita agakya. Namun aku tak salah kan mereka mereka kerana kenkadang ujian yang diberikan kepada kita terlalu berat sampai meguji tahap kesabaran kita sampai kita lupa untuk bersabar. Takpe lepas ni kita muhasabah diri sama sama baik pembaca mahu pon diri sendiri ini.

Sini aku bagi tips macam mana untuk kita kawal emosi kita. Yang pertama, macam biasa yang paling cliché orang selalu cakap ialah berbalik kepada tuhan kita, Allah s.w.t. bukan nak kata alim atau seorang agamawan tapi ini memang hakikat die, emosi kita semua seronok, sedih, marah semua nya hak milik Allah. Allah yang menentukan semua itu, maka bila kita berasa marah kita ambil lah wudhuk dan buat solat hajat atau taubat untuk menghilangkan perasaan marah tu. Lagi sekali diucapkan aku tidaklah seorang yang baik dan alim. Aku hanya menyampaikan ap yang aku tahu kepada para pembaca supaya ilmu ini dapat dikongsi bersama.

Yang kedua, kalau aku emosi, aku selalu nya makan atau tidur. Aku pon tak tahu kenapa kalau aku marah atau sedih aku mesti makan, tak pon tido. Lagi pon pada assignment blog lepas bertemakan makanan so ramai yang share pasal tempat tempat yang menarik dan sedap untuk dikunjungi. Takpe gais, ada masa aku datang sana okay. Hahaha. Kalau aku sedih dan tido ni pon satu gak hal gais, mungkin sbb aku dah penat tahan marah then aku rasa letih sangat so aku tido  je lah. Haha tapi okay gak gais sebab aku tak menyakitkan dan melukakan hati sesiapa.


Okay tu je bebelan aku pada kali ni. Suka dimaklumkan aku berterima kasih sangat kepada para pembaca yang sudi membaca blog aku. Eceh macam ramai je hahaha. Sekian, terima  kasih.

Sunday, 15 November 2015

POLIS EVO



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. sekarang aku nak cerita pasal cerita melayu yang paling hot dan pecah rekod perfileman tempatan kita, iaitu polis evo la apa lagi. bagi aku cerita ni best sangat bagi aku even ada la babak tak logik die dalam cerita ni. babak yang dekat hospital dengan kejar penjahat tu paling kelakar. bayangkan la sorang je penjahat tapi satu peluru pon tak kena badan penjahat tu, terasa macam polis malaysia ni tak pandai menembak ke hahaha. yang kedua babak kejar penjahat, penjahat guna econovan je, polis guna mitsubishi lancer. ada ke babak tu amek masa lama gak nak kejar penjahat, last2 baru dapat potong econovan tu, hahaha. logik cerita melayu ni kekadang fail la walaupon die nak mengutamakan aksi tapi logik diabaikan.

kalau cerita holywood nampak la gak logik, penjahat guna lamboghini, polis lak guna bugatti veron. nampak la sama laju nye tu. huhu. tapi apa apa pon cerita ni nice la. even ad flaw tapi okay la dari cerita cintan melayu lain. nampak la improvement dari cerita sebelum ni walaupon aku tak minat sangat cerita tempatan nie. orang ramai kata cerita ni tak best lah, tiru holywood la, aksi tak best lah. tapi bg aku cerita polis evo ni ad plot yang tersusun dan lakonan duo shaheizy sam dan zizan razak menjadi, hahaha

lgi satu watak pejahat die berkesan dan memang power la. nampak la ganas dan kejam. hahaha. secara kesimpulannya, polis evo menunjukkan filem tempatan mampu menjadi sehebat filem holywood. dengan ini marilah kita sokong industri perfileman tempatan kita. tapi aku sokong cerita aksi je la. cerita cintan cintan melayu ni aku tak sokong sebab buat orang melayu tak berpijak di bumi nyata. annoying die lain macam. hahaha pendapat aku la.

okay lah tu je aku nak cter pasal pendapat aku pasal polis evo. nice work polis evo!!! sekian, terima kasih kerana sudi membaca. bye, salam.


CUTI NAK HABIS BRO!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. posting kali ni aku nak citer pasal cuti pertengahan sem. cuti pertengahan semesster universiti kebangsaan malaysia kali ni pada 7/11/15 hingga 15/11/15, seminggu je. tapi senanya aku tak rase sangat cuti mid sem ni. sebab kalau bukan cuti pon, aku dah cuti banyak gak dah. haha tapi nak wat camane, dah dibagi cuti kita jangan tolak, nikmat yang diberikan harus digunakan dengan sepenuhnya. 

tapi masalahnya, setiap kali cuti aku memang takkan jumpa buku atau assignment atau homework. maklum lah orang kata kalau cuti, cuti betul betul. hahaha tapi aku cuti kali ni bosan giler sebab cuti kali ni aku tak buat apa, asyik keluar g sunway pyramid tgk spectre, g time square tgk bouto the movie dan paling latest aku balik sekolah hari jumaat lepas main bola padang dengan junior junior yang dah matang. dulu elok je dak kecik muka innocent, suci, sekarang tinggi matang hensem je. hahaha proud with u junior lols.

tu je kot aku nak citer pasal cuti aku, conclusion nya cuti aku bosan dan assignment berlambak terbengkalai. huhu okay la, time kaseh sudi membaca dan jumpa lagi, assalamualaikum. :D

Sunday, 8 November 2015

NAFSU

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. semoga dalam cuti mid sem ni sihat belaka. jangan lupa buat assignment terutama sekali aplikasi komputer, blog dan tugasan access tau. masa cuti ni lah banyak benda yang korang buat, jalan jalan, pergi riadah, melancong, ziarah dan juga ada yang mereput. masa cuti ni gak la siapa yang dah berpunya tu g jenjalan dengan pasangan masing masing kononnya dah lama x jumpa dan rindu. cuma aku nak nasihatkan kepada semua dan diri sendiri ni supaya jaga batas pegaulan, sebab percintaan sebelum kahwin ni nafsu semata. yelah, kau cinta lelama untuk apa? jangan kata kau setia, kepala hotak kamu la setia. ini semua nafsu, diulangi nafsu.

aku malas nak bash benda ni lelama jadi kita pergi kepada nafsu yang seterusnya iaitu nafsu malas. seperti biasa, bila cuti mid sem ni banyak assignment yang perlu disiapkan dan bila cuti ni jugak nafsu malas nie membuak buak malasnya. so siapa yang malas tu mohon muhasabah balik diri anda sebelum expired nya due date assignment anda. kang x pasal pasal kena tolak carry mark. lepas tu menangis time final exam. tidak dilupakan juga jangan lupa study bagi sesiapa yang mid sem exam lepas habis cuti nanti. sedar2 lah diri nak exam, hari tu exam akaun dengan pengantar kau dah lingkup takkan nak biar kan lak subjek lain ni lingkup sama. muhasabah lah sebelum terlambat saudara ku.

nafsu last yang aku nak cerita pada kali ini ialah nafsu makan. bila balik rumah, secara automatiknya segala makanan yag kita makan akan jadi free sama ada mak masak atau family belanja. hahaha. so memang cuti ni kita akan makan puas puas lah, secara jujur nya nafsu ni paling kuat untuk aku sekarang. tapi nak wat camane, makan banyak banyak pon badan tak naik. so im free to eat anything everywhere and anytime. hahaha. tapi makan tu makan jugak, tapi dalam kita makan tu jangan lupa adab semasa makan, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. jangan membazir tau, ingat lah saudara jauh kita yang serba kekurangan tu.

okay tu je aku punya tazkirah pada kali ini. semoga bermanafaat pada semua. mohon maaf kepada semua jika ada salah silap dan juga kepada yang terasa. sekian, assalamualaikum


APLIKASI KOMPUTER



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada akak akak dan abang abang yang berjaya transfer kredit untuk subjek masing masing terutama nya subjek aplikasi komputer, namun bagi saya subjek aplikasi komputer best la sebab tenaga pengajar seorang yang bersemangat dan baik sebenarnya walaupon suka bahan orang (mohon sir jangan bahan saya huhu). 

first impression dengan aplikasi komputer nie sebenarnya fikir subjek paling bosan, sebab acah dah tahu semua pasal powerpoint word atau secara meluasnya it ni la. lagi satu rasa macam subjek yang paling menyakitkan hati sebab selalu kenakan orang, tapi lepas habis first class tu mula nya fikir nak tukar kelas, tapi sebab nak jadual best, amik jugak la kelas set 2 aplikasi komputer ni, hahahaha. 

lepas masuk second class nie baru la aku tahu, kelas app comp nie best giler sebab antara lima kelas wajib yang kena hadir, aplikasi komputer je kelas xngantuk. mungkin sebab banyak borak n bole la kenal gak budak kelas lain. macam kelas lain dekat kuliah belajar dan dengar je apa lecturer ajar eventho tak faham. dalam kelas app comp ni alhamdulillah, walaupon banyak main, gelak dan santai tapi aku faham ap lecturer aku sampaikan. muahaha

kan aku ada cakap tadi yang app comp nie bosan sebab rasa macam tahu semua benda pasal it nie. bila masuk je kelas ni baru lah aku tahu camane nak wat blog, mail merge, drop cap dan terbaru pasal access. terima kasih sir ajar saya dan rakan rakan dengan penuh sabar hahaha. 

okay lah sampai sini je aku nak cter pasal subjek aplikasi komputer set 2 ni. semoga berjumpa di lain post. hahahaha. belanja gambar cket >_<

Monday, 2 November 2015

MARI MAKAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca, hari ini aku ingin bercerita pasal tajuk yang paling senang giler dalam dunia nie, aku pon taktau kenapa tajuk kali ni senang sangat, terasa tak mencabar buat bende nie. hahaha okay kali ini aku nak cerita pasal makanan. first of all, aku nak cerita makanan feveret yang paling cliche di dengar, iaitu masakan ibu, masakan ibu yang paling sedap dan mengancam, kalau tak dapat tu bole rasa serba serbi tak cukup. masakan ibu yang paling aku suka, nasi goreng biasa ibu, fuuuh sedap giler. memang kalau pergi kedai lain selalu pesan nasi goreng biasa mereka, tapi x sehebat ibu. hahaha. cukup la aku cter pasal nasi goreng biasa masakan ibu aku kat korang, takut korang jeles je. hahaha

yang kedua aku suke satu tempat ni nama Muara Ikan Bakar dekat Tanjung Harapan, Port Klang. special nya restoran ni sebab sotong goreng tepung die yang dimakan bersama nasi lemak. sedap doe!!! tapi hari tu datang 4 orang je, ibu, ayah aku dengan adik bongsu aku, so sotong banyak lebih, tak habis sotong kitorang, selalu nya gaduh adik beradik nak makan sotong goreng tepung tu. huhu tp xpe la. lepas spm adik aku banyak free bole la die kerja lepas tu belanja aku makan sana lagi. yang ibu lak sukka makan ikan bakar dekat sana, xtau la apa yang best dengan ikan bakar sebab tak pernah rasa, tak berminat dengan ikan hahahhaha

okay tu je dulu aku nak cerita sebab aku kena siapkan kerja konvo. huhu. semoga para pembaca bole la kunjungi restoran Muara Ikan Bakar tu, sedap la gak. hahahaha sekian dari saya. terima kasih

2 . 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. hari ini aku bercerita mengenai menarik nya mengenai 2.11. angka ini bole jadi macam macam, bole jadi nombor perpuluhan dan juga tarikh. TAPI aku nak cerita mengenai menarik nya tarikh 2.11 ini. pada tahun 2015, 2.11 bersamaan dengan hari isnin telah berlaku tiga kejadian menarik.

YANG PERTAMA
pada tarikh 2.11.1973 telah lahir seorang insan yang tak lain tak bukan seorang yang aku cinta, yang aku sayangi, yang aku hormati. seorang insan yang tiada tandingan pengorbanan nya, iaitu ibu, Rozina binti Abdul Rahman. hari ini ibu genap berumur 42 tahun (masih muda n always muda di hati aku) terima kasih ibu, sentiasa sabar dengan aku, beri makan dan minum yang cukup, didik aku secukup nya jadi orang yang berguna untuk hidup. ibu selalu pesan, pilih kawan yang baik baik, belajar elok elok, jangan main je keje dan banyak lagi. dalam banyak banyak yang dipesan,, hanya jangan banyak main tu je payah nak ikot. hahaha mungkin sebab ikot ayah, jenis kuat main and bersukan. hahaha.. have a blast day ibu, semoga kekal bahagia bersama ayah dan kami anak beranak. :*

YANG KEDUA
pada tarikh 2.11.2015 pula berlaku due kejadian yang menarik juga dalam hidup aku, yang pertama 2.11 juga merupakan tarikh bermulanya peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),, specialnya sebab adik aku, Muhammad Nor Firdaus menduduki SPM dan bakal graduasi dari sekolah nya (lupa nama sekolah sebab aku bukan abg yang baik, hahaha). yang paling tak tahan bole lak die mintak tips dari aku pasal spot spot question dari aku. sori la angah, abg kau dulu survive sendiri, soalan spot ni xbole caya, banyak tembak tak kena, bole tension gak tgk soalan spot nie, hahaha pape pon goodluck la angah, SPM senang je, kau fail repeat je la, sape soh fail hahahahahaha. okay yg kedua pula, tarikh ni juga merupakan hari konvo yang kelima, lagi satu hari nak habis, muahaha. helizza helmi datang ke panggung seni dalam slot suara al-aqsa. walaupon jauh, kejelitaan heliza huhu cantik sangat. lemah lutut tengok die. muahahaha

okay tu je la nak cerita, sebab kena buat persiapan untuk slot konvo, maklum lah aku seorang sekretariat berjaya ihiks. doakan saya esok ada exam mid sem pengantar pengurusan pada pukul 11 pagi :D

Monday, 26 October 2015

TIDAK ADA HADIAH UNTUK COACH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. sabtu lepas bersamaan 24/10/2015 merupakan tarikh kejohanan sukan universiti kebangsaan malaysia (SUKEM) di stadium hoki seremban 2, seremban. kolej rahim kajai telah menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan dalam pertandingan kali ini. diwakili oleh rata rata pelajar tahun satu juga termasuk aku, oleh itu harapan kami dalam SUKEM kali ini tidak lah sebesar yang diharapkan. 

ditempatkan dalam kumpulan c bersama KBH, KIY dan juga KKM. perlawanan pertama kami menentang KBH, game yang 50-50. minit awal permainan kami banyak mengatur serangan namun gagal menyudahkan serangan ke dalam gol lawan. aku mempunyai peluang untuk score namun disebabkan kedudukan dan handling yang tidak cukup bagus bola terlepas dari aku macam tu je. namun di akhir minit permainan KBH menjaringkan gol dan tak lama selepas itu, ketua eksekutif (k.e) KRK, razali muncul wira selepas gelecekan dan hantaran catik dari ahmad zuhdi lalu menjaringkan gol penyamaan. game kedua kami menentang KIY,, keputusan hanya lah sekadar 0-0. perlawanan terakhir kumpulan kami dengan misi wajib menang ke atas KKM nyata menjadi selepas k.e Razali sekali lagi menjadi wira menyambut bola muntah lalu memukul bola dengan cantik ke pintu gol lawan. engan itu, KRK berjaya mara ke suku akhir dengan menjadi naib johan kumpulan c

di suku akhir kami menentang KDO. sebelum game, coach kami yang merupakan final year student bg kami kata kata semangat. beliau mengharapkan kemenangan ke atas KDO supaya dapat memasuki peringkat separuh akhir untuk memastikan pingat menjadi milik KRK. namun mimpi di siang hari, kami kalah kepada KDO dengan penalti 1-2 selepas tamat masa penuh 0-0. kami ahli pasukan hoki lelaki KRK telah membuat yang terbaik namun rezeki bukan milik kami. begitu juga kisah aku pada 2 tahun lalu, dimana aku mewakili sekolah diperingkat daerah di suku akhir,, juga kalah penalti 1-2 di tempat yang sama. aku rasa patah hati dan menyesal. huhu

akhir kata, maafkan kami coach, thanks sebab ajar kami, tahun depan ktorg akan menaikkan nama kajai lg sepanjang pengajian kami dalam menjadi warga kajai. semoga pelajar tahun satu hadapan ramai yang hebat dan bole jadi pelapis hoki. hahaha aminn. sekian dari saya terima kasih.



Tuesday, 20 October 2015

SUKEM

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. hari ini aku nak ceritakan mengenai SUKEM  pula. macam biasa lah setiap tahun SUKEM akan dijalan kan di UKM untuk mencari pelapis baru mewakili UKM ke peringkat kebangsaan, negeri dan antarabangsa. so aku mengambil bahagian dalam SUKEM ni, satu je acara sebab minat kot dengan sukan yang aku masuk nie. haha.
hoki je yang aku masuk.

first aku training dulu memang aku nervous la sebab aku pikir ramai yang hebat hebat masuk pertandingan SUKEM ni kan. memang betul la firasat aku tu, ada sekali tu lawan dengan budak budak KAB atau Kolej Aminuddin Baki atau Atlit UKM. memang lain la level game dorang dengan level yang aku main sekarang. rasa patah hati je lepas perlawanan persahabatan hari tu. hahaha tapi grouping SUKEM kali ni kolej aku terselamat daripada sekumpulan dengan KAB. yelah,, takut nak kena bantai dengan dorang la katakan. tapi takpe, masih ada ruang dan masa untuk aku berlatih, sabtu ini bersamaan 24 Oktober 2015 pertandingan SUKEM hoki akan dilangsungkan di Stadium Hoki Seremban.

terasa excited gembira yang amat sebab dah lama tak main dekat padang hoki tu. last main waktu tingkatan 5. haha jadi sebelum pertandingan ni aku selalu la turun gelanggang futsal UKM dekat depan Kolej Tun Hussein Onn petang petang untuk berlatih, mencari tulang rusuk, dan carik kawan baru. hahaha okay tu je aku nak citer untuk kali ini. wish me luck in SUKEM. thanks :)


Monday, 19 October 2015

PTPTN : BEBAN ATAU BIASISWA?

assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. kali ini nak bercerita mengenai masalah yang menimpa semua pelajar.. iaitu masalah kewangan,, semua tahu di era globalisasi yang pesat membangun pelajar sering mengalami masalah kewangan kerana tidak mempunyai wang saku yang cukup.. selain itu disebabkan harga barang yang naik mendadak disebabkan kejatuhan mata wang ringgit serta kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan hal ini berlaku. namun kerajaan malaysia yang unggul diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Razak telah menyediakan pelbagai inisiatif seperti pemberian biasiswa dan juga pinjaman ptptn.

rakyat malaysia kini usah bimbang,, dengan adanya ptptn yg dibuahkan idea sendiri oleh pimpinan kerajaan kita yang sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya,, kita mampu melunaskan hutang pengajian. selain itu, pinjaman ptptn ini lebih daripada sekadar cukup untuk rakyat malaysia kerana wang tersebut haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. namun ada segelintir pelajar malaysia yang tidak kenal erti syukur dan jimat, wang ptptn tersebut disalah pakai dengan membeli barang yang tidak patut seperti membeli fon baru. jika difikirkan dengan teliti, dengan pengurusan wang yang betul, wang ptptn yang diberikan itu cukup untuk sepanjang pengajian kita bahkan selepas graduasi. jadi para pelajar harus sedar akan betapa penting nya pengurusan wang dalam kehidupan harian mereka.

namun begitu tidak semua benda sempurna di dalam dunia ini,, pinjaman wang ptptn yang diperkenal oleh kerajaan sememangnya merupakan satu inisiatif terbaik bagi pelajar. namun,, kadar pelunasan yang perlu dijelaskan oleh pelajar amat tinggi sehingga para graduasi terpaksa berhutang semasa di awal kerja. dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang didalam pengajian jelas amat membebankan pelajar kerana pelajar malaysia terutama melayu amat malas untuk belajar dan hanya mementingkan keseronokan dalam hidup mereka.

kesimpulannya,, ptptn mampu menjadi biasiswa dan beban kepada kita. maka oleh itu kita harus berusaha bersungguh sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang supaya kita terlepas dari menjadi mangsa hutang ptptn seterusnya memperoleh pekerjaan yang bagus dan membahagiakan kedua orang tua kita.

CHILDHOOD

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semu para pembaca yang dihormati sekalian,, ari ni saya ingi bercerita mengenai salah satu hobi saya,, iaitu membaca manga atau komik jepun dan juga menengok anime (filem animasi jepun)... saya mula minat dengan anime nie waktu kecik lagi,, yeah dulu dulu tengok pepagi ada kartun teenage mutant ninja turtle, spongebob squarepant.. yang paling legend kartun time tu dragon ball la.. setiap kali hari sabtu ahad,, setiap kol 8 pagi,, mesti dh terpacak depan tv semata nak tengok dragon ball.. klu x tengok tu bole buat kemurungan satu ari.. hahaha

 



anime ni konsep die semua samanya je,, mesti pasal persahabatan, makan, kekuatan dan life goals. macam dragon ball nie,, watak utama dia,, goku dr planet saiyan die terselamat dari kemusnahan planet die la sebab ada org buat khianat dekat planet die... time ni goku kecik lagi,, mak bapak die yg larikan die guna kapal angkasa.. so turun la die kebumi,, di besarkan oleh seorang warga bumi nama die gohan.. bila dh besar die jd pahlawan bumi dan lawan ramai orang seperi vegita, majin buu, cell, dan ramai lagi la. tapi yang special nya, setiap dorang lawan tu mesti something yg org kata tgk scene tu rasa mcm nak muntah pelangi.. hahaha jk. mcm lpas lwn vegitta, goku dengan vegita ni kire jd mcm rival member la,, sbb motif vegita ni just nak jd org yg terkuat di seluruh alam je.. bila die kalah dengan goku die pon train la diri die nak kalahkan si goku nie.. waktu lawan cell pulak time ni goku saja je buat buat kalah dengan cell,, nak bg anak die, gohan lawan dengan cell.. alasannya sebab nak keluar potensi sebenar gohan,, sebab goku dpt rasa gohan bole jadi lagi kuat dari die.. time ni gohan memang gempak giler la sbb gohan jd super saiyan 2 n tros jd the strongest people of earth time tu waktu umur 11 tahun,, haha anime biasa la hiperbola tinggi.

time tu waktu zaman kanak kanak sekolah rendah lagi aku tengok dragon ball, dah habis dah series die time tu.. lepas tu bila aku dah masuk ukm nie,,  tetiba editor die,, akira toriyama mengumumkan yang dragon ball akan buat series yang baru iaitu dragon ball super yang bermula tayangan pada bulan julai 2015 lepas.. seronok jap la time tu sebab skang kemajuan semua ad,, bole la download nak tengok anime skang.. hahaha k la,, nk g tgk dragon ball dulu.. chaw assalamualaikum

Image result for dragon ball super



Monday, 12 October 2015

RESPECT

Assalamualaikum kawan kawan yang dihormati dan dirahmati Allah.. hari ini saya ingin bercerita mengenai respect atau dalam bahasa melayu nya,, hormat. ramai orang zaman sekarang,, yang perfect dengan leadership,, genius,, hebat sukan atau atlit,, but once kita dah berjaya kat puncak,, kita semakin angkuh dan semakin hilang sikap hormat kepada orang lain dan masyarakat. manusia manusia yang menganggap mereka ni lengkap serba serbi ni sebenarnya makhluk poyo patut dihina dan dikeji kerana tiada faedah pon yang kita akan dapat daripada mereka nie,, mereka menganggap mereka ni dh jd perfect 10,, but they lack respect n its mean nothing.

sebenarnya,, respect ni yg membuat kan kite dihormati, yg membuat kan kite cukup 10/10. oleh itu,, saya ingin cerita siket bagaimana nak mendapat hormat daripada orang lain.. pertama,, kita jangan berlagak sombong dengan orang lain,, even org tu pangkat nya hanya lah seorang tukang cuci tandas,, we as human must respect each other... kedua,, rajin rajin kan diri 'turun padang' untuk mendengar keluhan orang ramai,, penuhi setiap permintaan mereka,, paling kurang pon dengar lah rintihan mereka.. lastly,, jangan poyo dengan jawatan yang ada,, be nice with people..

okay conclusion nya ialah,, respect is most important thing in our lives.. even kita xpandai,, kita bodoh,, tp bila kite respect orang lain,, suatu pertelingkahan takkan berlaku,, isu perkauman takkan berlaku,, perang takkan berlaku... respect lead us to the peace... so itu sahaja dari saya,, sekian terima kasih.. 


Wednesday, 7 October 2015

MANCHESTER CITY

assalamualaikum dan salam sejahtera 
kepada semua para pembaca yang dihormati
hari ini saya ingin menceritakan
mengenai pasukan bola kegemaran saya
iaitu
manchester city


merupakan sebuah pasukan yg noob dulu
tak dikenali
lemah lepu dan lesu
zaman kenaikan man city ni waktu
pemilik billionaire arab
sheikh al-mansor bin zayed al-nahyan
die ni la yg banyak bg modal 
beli player mahal mahal
macam carlos tevez, robinho, shaun wright philips

first dorg menang liga setelah 44 tahun lamanya 
ialah waktu 2012
lawan QPR (queen park rangers)
time ni mmg seram giler la
sebab minit ke 90 still down 1-2
naseb time tu ad player giler terer 
mcm edin dzeko, sergio aguero, david silva, yaya toure
dorg fight n sumbat 2 gol
dlm masa 3minit

time ni mmg cuak la sebab saing dgn manchester united 
mmg sengit la..
kira menang pon melalui perbezaan gol
sebab jumlah mata yg sama
(ikot rule FIFA kan)

2 tahun lepas tu man city ni menang lg liga
kali ni mmg mantap la lead liga 
dr pertengahan season
sampai habis
time ni x tau nak cakap camane
sebab dah tak berapa nak follow
liga luar
hahaha

tapi baru2 ni ada dengar khabar 
yang manchester city ni 
menang besar lawan kelab picisan 
dan di ambang maut
newcastle united nama team tu
man city belasah team tu 6-1
di gelanggang sendiri

macam biasa aguero menyerlah,, 
skor 5 gol dalam game tu
hahaha

akhir kata manchester city hebat,, 
sekian terima kasih


Monday, 5 October 2015

INI AKU

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,,

topik kali ini mengisahkan seorang jejaka tampan 
yang bernama
MUHAMMAD NOR SHAFIQ BIN ZAINUDDIN


beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik 
bagi pasangan bahagia till jannah (amiin) zainuddin-roziena.. merupakan anak kelahiran pahang dan dilahirkan di hospital jengka pada 28/7/1996. 

kepakaran beliau ialah tido sepanjang siang dan bermain game sepanjang malam. 
antara game yang diminati beliau ialah fifa16.. maklumla kebanyakan lelaki memang minat bola.. 
lagi satu roomate beliau minat bola,, manchester united kelab roommate beliau suka
kelab picisan itu baru je kalah lawan arsenal 3-0 semalam
dan beliau sangat gembira... hahahaha

beliau juga minat anime... tapi beliau x fanatik sangat la 
sampai nak membeli figura figura yang kecik dan mahal tu
beliau punya prinsip ialah bersederhana dalam semua perkara
sama seperti yang dicakapkan oleh lecturer beliau 
(nama lecturer dirahsiakan atas faktor keselamatan)
antara anime yang beliau layan ialah
one piece, naruto, fairy tail
toriko, akame ga kill, bleach dll

okay tu je nak sampaikan untuk blog kali ni,, 
jumpa lagi di laain post
sekian
terima kasih
:)

Saturday, 3 October 2015

KISAH PERJUMPAAN MENTOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari ini nak cerita pasal mentor,, mentor atau kata lain nya guru yang memimbing kita berjaya,, xde pon guru yang nak kite gagal dalam hidup.. 

mentor ni bole jadi kepada sesiapa je,,

kawan, guru, adik, abang, ayah mak atuk nenek moyang biras dan ramai lagi

so ukm pon ada gak sistem mentor mentee nie,,

even x minat pon nak jumpa mentor mentee nie mulanya 

sebab kalau jumpa pon bkan nya cakap apa pon,, jadi krik2

tetiba ada lect ni cakap pasal penting nye 

mentor mentee nie,,

pasal keberkatan n so on..

so baru la semangat nak pergi jumpa mentor

nasib mentor baik,, even dah berumur but friendly la

so the first impression dah tinggi kat situ

tapi nak jumpa mentor lepas ni xtau la bila 

sebab

xde isu berbangkit ntok diketengahkan

di meja bulat

huhu

jadi nanti je la jumpa mentor tu 

ada apa2 masalah nanti 

datang je lah jumpa die

lagi satu,, lecturer waktu matrik pesan..

bila dah masuk u

life in matriculation n university will be totally different

so dia cakap

study method kena betul

no more study last minute

work hard and study smart

balance ur study with kokurikulum

involve with college's activities

make your parents proud

make your siblings proud

make all people that know you

proud

with u

okay thats all from me

sekian dari saya,, terima kasih 

Sunday, 27 September 2015

OBSES NYA!!!

obses?? semua orang ada obses mereka yg tersendiri
bagi saya banyak yg saya obses atau minat.. mostly pasal sukan
mungkin sebab genetic dari ayah yang power sukan
tapi anak die ni biasa je.. roommate lagi power ... hahahaha


hoki

minat hoki ni sejak tingkatan 4,, sebab member ramai main dulu..
lagi best waktu main 
time hit bola tu kuat2 n bola tu pegi jauh
rasa puas semacam je 
hilang stress bila main bola
last main hoki time form5 sbb turnament daerah je
xde rezeki kalah dkat suku akhir
ingat nak sambung dekat matrik 
tapi matrik hampeh xde tournament futsal
so bila masuk ukm ni ungat nak train hard 
nak masuk sukem,, atau masum
fuuh jauh angan
rasa gian giler dah lama xmain hoki...












okay now my osecond obsession is 





futsal

macam biasa mostly laki suka main bola sepak atau futsal,, 
so
aku pon one of those guys yang main futsal
terer la gak main...
okay aku tipu je
futsal ni main 5 sebelah..
yang aku gian pasal futsal ni
sebab
xbanyak gerak sangat even tho the pace is so high
kene laju dan memenatkan
tapi setiap kali ad dak skola aku buat event futsal
aku mostly nye xpernah miss datang
even nak datang g futsal tu dalam 2jam lebih
namun kurelakan juaaaaaa
hahahaahaha
begitu passion aku dengan futsal nie
betapa obses dengan futsal nie
well
a sportmanship gitu
hahaha
okay la


sampai sini je la aku cerita pasal obses aku.. jumpa lagi di lain assignment.. huhu