Monday, 19 October 2015

PTPTN : BEBAN ATAU BIASISWA?

assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. kali ini nak bercerita mengenai masalah yang menimpa semua pelajar.. iaitu masalah kewangan,, semua tahu di era globalisasi yang pesat membangun pelajar sering mengalami masalah kewangan kerana tidak mempunyai wang saku yang cukup.. selain itu disebabkan harga barang yang naik mendadak disebabkan kejatuhan mata wang ringgit serta kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan hal ini berlaku. namun kerajaan malaysia yang unggul diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Razak telah menyediakan pelbagai inisiatif seperti pemberian biasiswa dan juga pinjaman ptptn.

rakyat malaysia kini usah bimbang,, dengan adanya ptptn yg dibuahkan idea sendiri oleh pimpinan kerajaan kita yang sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya,, kita mampu melunaskan hutang pengajian. selain itu, pinjaman ptptn ini lebih daripada sekadar cukup untuk rakyat malaysia kerana wang tersebut haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. namun ada segelintir pelajar malaysia yang tidak kenal erti syukur dan jimat, wang ptptn tersebut disalah pakai dengan membeli barang yang tidak patut seperti membeli fon baru. jika difikirkan dengan teliti, dengan pengurusan wang yang betul, wang ptptn yang diberikan itu cukup untuk sepanjang pengajian kita bahkan selepas graduasi. jadi para pelajar harus sedar akan betapa penting nya pengurusan wang dalam kehidupan harian mereka.

namun begitu tidak semua benda sempurna di dalam dunia ini,, pinjaman wang ptptn yang diperkenal oleh kerajaan sememangnya merupakan satu inisiatif terbaik bagi pelajar. namun,, kadar pelunasan yang perlu dijelaskan oleh pelajar amat tinggi sehingga para graduasi terpaksa berhutang semasa di awal kerja. dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang didalam pengajian jelas amat membebankan pelajar kerana pelajar malaysia terutama melayu amat malas untuk belajar dan hanya mementingkan keseronokan dalam hidup mereka.

kesimpulannya,, ptptn mampu menjadi biasiswa dan beban kepada kita. maka oleh itu kita harus berusaha bersungguh sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang supaya kita terlepas dari menjadi mangsa hutang ptptn seterusnya memperoleh pekerjaan yang bagus dan membahagiakan kedua orang tua kita.

No comments:

Post a Comment