Assalamualaikum dan salam
sejahtera kepada para pembaca. Tajuk blog pada kali ini bertemakan huruf yang
telah dipilih oleh aku sendiri. Dan huruf yang aku pilih kali ini ialah huruf
“Z”. walaupon huruf terakhir, Z bagi aku amat bermakna. Setiap kali huruf Z
terpampang, aku hanya ingat seorang. Seorang yang aku kagum, sanjung dan idola
since aku lahir, iaitu Zainuddin Hadi.
Mungkin ramai tertanya siapa
sebenarnya Zainuddin Hadi ni, yang dikatakan idola aku, orang yang aku kagum
and so on, sebenarnya Zainuddin Hadi ni ialah ayah aku sendiri. Ayah aku telah
dilahirkan pada 5/10/1967 di Bidor, Perak. Ayah aku dapat pengajian pertama di
sekolah rendah di Bidor dan kemudian ke SMK Kuala Kubu Bharu. Ayah aku kerja
mekanik je tapi aku okay dengan pekerjaan bapak aku walaupon tak sehebat kerja
orang lain. Sebab ayah aku mmg terer bab adjust2 kereta nie. Siap bukak company
dan workshop sendiri lagi.
Ayah aku bole la tolong repair
kereta korang kalau ada masalah, aku bole sertakan alamat sekali, no. 124 jalan
PJS 3/6 Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Waktu cuti sebelum aku
masuk UKM dulu aku kerja sekejap dengan ayah aku, mula2 aku rasa payah dan tak
best apa semua. Tapi bila dah lama2 aku rasa seronok lak sebab rasa puas bila
masalah kereta yang kita repair tu siap dan dah elok. Macam selesai kan math
jugak la kereta ni. Hahaha.
Walaupon dengan kerja mekanik,
Alhamdulillah family aku bahagia, dengan mempunyai seorang ayah yang
hardworking , ibu yang penyayang, anak anak nya juga tidak ketinggalan mencipta
sejarah tersendiri. Yang sulung sekarang dah berjaya luas kan kuasa nya ke UKM
dalam ijazah sarajanamuda pentadbiran perniagaan, khabarnya nak tukar kos akaun
bila masuk tahun dua nanti. Hahaha. Yang kedua baru selamat habis spm pagi
tadi, hahaha tahniah angah habis gak kau alam persekolahan. Yang ketiga dekat
SMAP Kajang selepas cemerlang dalam UPSR (5A) dan PSRA (Mumtaz). Yang paling muda baru je graduasi dari TASKI
ABIM hahaha. Aku dulu graduated tadika tak sempat pakai topi yang petak atas
tu, tapi adik2 aku dah merasa dulu. Huhu kena tunggu graduate degree la macam
ni hahaha
Okay tu je aku nak citer mengenai
insan bernama Zainuddin Hadi, serba ringkas mengenai perjalanan hidup dan boleh
dikire telah mencapai impian melihat anak anak dah besar. Tunggu giliran aku la
nak jaga dorang sepertimana mereka menjaga aku sewaktu lebih kecil. Haha semoga
mereka sihat dirumah, begitu juga adik adik. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment