Sunday, 8 November 2015

NAFSU

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. semoga dalam cuti mid sem ni sihat belaka. jangan lupa buat assignment terutama sekali aplikasi komputer, blog dan tugasan access tau. masa cuti ni lah banyak benda yang korang buat, jalan jalan, pergi riadah, melancong, ziarah dan juga ada yang mereput. masa cuti ni gak la siapa yang dah berpunya tu g jenjalan dengan pasangan masing masing kononnya dah lama x jumpa dan rindu. cuma aku nak nasihatkan kepada semua dan diri sendiri ni supaya jaga batas pegaulan, sebab percintaan sebelum kahwin ni nafsu semata. yelah, kau cinta lelama untuk apa? jangan kata kau setia, kepala hotak kamu la setia. ini semua nafsu, diulangi nafsu.

aku malas nak bash benda ni lelama jadi kita pergi kepada nafsu yang seterusnya iaitu nafsu malas. seperti biasa, bila cuti mid sem ni banyak assignment yang perlu disiapkan dan bila cuti ni jugak nafsu malas nie membuak buak malasnya. so siapa yang malas tu mohon muhasabah balik diri anda sebelum expired nya due date assignment anda. kang x pasal pasal kena tolak carry mark. lepas tu menangis time final exam. tidak dilupakan juga jangan lupa study bagi sesiapa yang mid sem exam lepas habis cuti nanti. sedar2 lah diri nak exam, hari tu exam akaun dengan pengantar kau dah lingkup takkan nak biar kan lak subjek lain ni lingkup sama. muhasabah lah sebelum terlambat saudara ku.

nafsu last yang aku nak cerita pada kali ini ialah nafsu makan. bila balik rumah, secara automatiknya segala makanan yag kita makan akan jadi free sama ada mak masak atau family belanja. hahaha. so memang cuti ni kita akan makan puas puas lah, secara jujur nya nafsu ni paling kuat untuk aku sekarang. tapi nak wat camane, makan banyak banyak pon badan tak naik. so im free to eat anything everywhere and anytime. hahaha. tapi makan tu makan jugak, tapi dalam kita makan tu jangan lupa adab semasa makan, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. jangan membazir tau, ingat lah saudara jauh kita yang serba kekurangan tu.

okay tu je aku punya tazkirah pada kali ini. semoga bermanafaat pada semua. mohon maaf kepada semua jika ada salah silap dan juga kepada yang terasa. sekian, assalamualaikum


No comments:

Post a Comment