assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. sekarang aku nak cerita pasal cerita melayu yang paling hot dan pecah rekod perfileman tempatan kita, iaitu polis evo la apa lagi. bagi aku cerita ni best sangat bagi aku even ada la babak tak logik die dalam cerita ni. babak yang dekat hospital dengan kejar penjahat tu paling kelakar. bayangkan la sorang je penjahat tapi satu peluru pon tak kena badan penjahat tu, terasa macam polis malaysia ni tak pandai menembak ke hahaha. yang kedua babak kejar penjahat, penjahat guna econovan je, polis guna mitsubishi lancer. ada ke babak tu amek masa lama gak nak kejar penjahat, last2 baru dapat potong econovan tu, hahaha. logik cerita melayu ni kekadang fail la walaupon die nak mengutamakan aksi tapi logik diabaikan.
kalau cerita holywood nampak la gak logik, penjahat guna lamboghini, polis lak guna bugatti veron. nampak la sama laju nye tu. huhu. tapi apa apa pon cerita ni nice la. even ad flaw tapi okay la dari cerita cintan melayu lain. nampak la improvement dari cerita sebelum ni walaupon aku tak minat sangat cerita tempatan nie. orang ramai kata cerita ni tak best lah, tiru holywood la, aksi tak best lah. tapi bg aku cerita polis evo ni ad plot yang tersusun dan lakonan duo shaheizy sam dan zizan razak menjadi, hahaha
lgi satu watak pejahat die berkesan dan memang power la. nampak la ganas dan kejam. hahaha. secara kesimpulannya, polis evo menunjukkan filem tempatan mampu menjadi sehebat filem holywood. dengan ini marilah kita sokong industri perfileman tempatan kita. tapi aku sokong cerita aksi je la. cerita cintan cintan melayu ni aku tak sokong sebab buat orang melayu tak berpijak di bumi nyata. annoying die lain macam. hahaha pendapat aku la.
okay lah tu je aku nak cter pasal pendapat aku pasal polis evo. nice work polis evo!!! sekian, terima kasih kerana sudi membaca. bye, salam.

No comments:
Post a Comment