Monday, 30 November 2015

ZAINUDDIN HADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Tajuk blog pada kali ini bertemakan huruf yang telah dipilih oleh aku sendiri. Dan huruf yang aku pilih kali ini ialah huruf “Z”. walaupon huruf terakhir, Z bagi aku amat bermakna. Setiap kali huruf Z terpampang, aku hanya ingat seorang. Seorang yang aku kagum, sanjung dan idola since aku lahir, iaitu Zainuddin Hadi.

Mungkin ramai tertanya siapa sebenarnya Zainuddin Hadi ni, yang dikatakan idola aku, orang yang aku kagum and so on, sebenarnya Zainuddin Hadi ni ialah ayah aku sendiri. Ayah aku telah dilahirkan pada 5/10/1967 di Bidor, Perak. Ayah aku dapat pengajian pertama di sekolah rendah di Bidor dan kemudian ke SMK Kuala Kubu Bharu. Ayah aku kerja mekanik je tapi aku okay dengan pekerjaan bapak aku walaupon tak sehebat kerja orang lain. Sebab ayah aku mmg terer bab adjust2 kereta nie. Siap bukak company dan workshop sendiri lagi.

Ayah aku bole la tolong repair kereta korang kalau ada masalah, aku bole sertakan alamat sekali, no. 124 jalan PJS 3/6 Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Waktu cuti sebelum aku masuk UKM dulu aku kerja sekejap dengan ayah aku, mula2 aku rasa payah dan tak best apa semua. Tapi bila dah lama2 aku rasa seronok lak sebab rasa puas bila masalah kereta yang kita repair tu siap dan dah elok. Macam selesai kan math jugak la kereta ni. Hahaha.

Walaupon dengan kerja mekanik, Alhamdulillah family aku bahagia, dengan mempunyai seorang ayah yang hardworking , ibu yang penyayang, anak anak nya juga tidak ketinggalan mencipta sejarah tersendiri. Yang sulung sekarang dah berjaya luas kan kuasa nya ke UKM dalam ijazah sarajanamuda pentadbiran perniagaan, khabarnya nak tukar kos akaun bila masuk tahun dua nanti. Hahaha. Yang kedua baru selamat habis spm pagi tadi, hahaha tahniah angah habis gak kau alam persekolahan. Yang ketiga dekat SMAP Kajang selepas cemerlang dalam UPSR (5A) dan PSRA (Mumtaz).  Yang paling muda baru je graduasi dari TASKI ABIM hahaha. Aku dulu graduated tadika tak sempat pakai topi yang petak atas tu, tapi adik2 aku dah merasa dulu. Huhu kena tunggu graduate degree la macam ni hahaha

Okay tu je aku nak citer mengenai insan bernama Zainuddin Hadi, serba ringkas mengenai perjalanan hidup dan boleh dikire telah mencapai impian melihat anak anak dah besar. Tunggu giliran aku la nak jaga dorang sepertimana mereka menjaga aku sewaktu lebih kecil. Haha semoga mereka sihat dirumah, begitu juga adik adik. Sekian, terima kasih.

Tuesday, 24 November 2015

AMALI MAKMAL 2

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. hari ni bersamaan dengan hari selasa, 10.05 A.M, berlakunya satu ujian makmal mengenai tugasan access yang aku belajar tempoh hari. ujian die masyaallah susah gak la. aku tak paham apa benda itu lookup wizard. ye lah, sir ada cakap masuk lookup wizard tapi masalahnya ingat die main main. punya lah berdoa malam tadi supaya dapat soalan yang senang tapi, fuuuh payah bak hang oi. tapi nasib baik aku dilimpahi rahmat allah azza wa jalla, dengan berkat aku main tekan tekan dekat data type tu aku terjumpa la si lookup wizard dekat bawah tu. aku bersyukur giler la time tu jumpa lookup wizard kat situ. hahaha

okay nak carik lookup wizard nie je aku dah buat dan buang file access aku dalam 5 file. yelah, asyik buat error. aku delete la tros buat baru. orang kata kita buka kitab yang baru untuk perjalanan hidup yang baru. hahaha. tapi alhamdulillah la lagi sekali amali makmal 2 - access ni berjalan lancar dan siap bersama satu posting blog. 

lepas dah siap amali makmal aku ni aku rasa lega dah. haha. okay la tu je aku nak sampaikan untuk blog aku pasal amali makmal 2 aku. sekian, terima kasih.

Monday, 23 November 2015

EXAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Belakangan ini student ukm banyak exam mid sem, kuiz, dan assignment. Di sini aku nak share  sikit je pasal tips2 menjelang hari penting macam exam nie. Tapi first aku nak cakap aku tak lah terer atau pandai mana. Exam mid term hari t upon melingkup gak. Hahaha. Tapi aku nak share ap yang aku tau la dengan para pembaca kot2 kite bole share ap yang aku tau tapi korang tak tahu begitu juga sebaliknya.

First, kau buat study awal contoh mcm study week tu tak yah la nak gembira sangat dengan takde kelas. Korang dan aku patut start study dah sebab exam di peringkat sarjana muda nni lain dari matrik spm pmr. Makin tinggi level kau belajar lagi tinggi soalan high order thinking skills (HOTS). Macam aku ari tu dah insaf dah dengan exam mid term, azam baru aku nak skor carry mark aku and final. So senang aku dapat banggakan orang tua aku. Hahaha angan angan kena simpan awal bro, kalau tak macam mana nak capai kalau xde angan angan. Tapi biarlah angan angan tu masih berpijak dibumi nyata.

Kedua, jaga hubungan dengan orang. Jangan jadi mulut celupar sangat. Jangan jadi keyboard warrior. Orang tak suka dengan kau, bila orang tak suka dengan kau, keberkatan kau dengan orang tu akan hilang. Kau bayangkan kalau die doa macam macam yg buruk untuk kau dan Allah makbulkan?? Kau gak payah nanti. So nasihat aku kalau kau tak puas ati dengan seseorang kau citer je depan settle je depan die. Cakap leklok la takkan nak cakap kasar nanti bertumbuk lak korang nanti.


Okay tu je aku nak cerita buat post aku kali ni. Cerita aku kali ni tidak membabitkan golongan yang masih hidup atau yang sudah tiada. Just ambil iktibar dan mana mana yang bermanafaat untuk korang buat pedoman. Sekian, terima kasih.

EMOSI

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ni aku nak cerita pasal emosi. Semua orang ada emosi mereka tersendiri, ada yang baran ada yang jenis periang. Cuma kita je yang meentukan sama ada dapat mengawal emosi kita atau pon tidak. Kita selalu lupa untuk mengawal emosi kita, mungkin kerana kita tak cukup pandai kawal untuk mengawal emosi kita agakya. Namun aku tak salah kan mereka mereka kerana kenkadang ujian yang diberikan kepada kita terlalu berat sampai meguji tahap kesabaran kita sampai kita lupa untuk bersabar. Takpe lepas ni kita muhasabah diri sama sama baik pembaca mahu pon diri sendiri ini.

Sini aku bagi tips macam mana untuk kita kawal emosi kita. Yang pertama, macam biasa yang paling cliché orang selalu cakap ialah berbalik kepada tuhan kita, Allah s.w.t. bukan nak kata alim atau seorang agamawan tapi ini memang hakikat die, emosi kita semua seronok, sedih, marah semua nya hak milik Allah. Allah yang menentukan semua itu, maka bila kita berasa marah kita ambil lah wudhuk dan buat solat hajat atau taubat untuk menghilangkan perasaan marah tu. Lagi sekali diucapkan aku tidaklah seorang yang baik dan alim. Aku hanya menyampaikan ap yang aku tahu kepada para pembaca supaya ilmu ini dapat dikongsi bersama.

Yang kedua, kalau aku emosi, aku selalu nya makan atau tidur. Aku pon tak tahu kenapa kalau aku marah atau sedih aku mesti makan, tak pon tido. Lagi pon pada assignment blog lepas bertemakan makanan so ramai yang share pasal tempat tempat yang menarik dan sedap untuk dikunjungi. Takpe gais, ada masa aku datang sana okay. Hahaha. Kalau aku sedih dan tido ni pon satu gak hal gais, mungkin sbb aku dah penat tahan marah then aku rasa letih sangat so aku tido  je lah. Haha tapi okay gak gais sebab aku tak menyakitkan dan melukakan hati sesiapa.


Okay tu je bebelan aku pada kali ni. Suka dimaklumkan aku berterima kasih sangat kepada para pembaca yang sudi membaca blog aku. Eceh macam ramai je hahaha. Sekian, terima  kasih.

Sunday, 15 November 2015

POLIS EVO



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. sekarang aku nak cerita pasal cerita melayu yang paling hot dan pecah rekod perfileman tempatan kita, iaitu polis evo la apa lagi. bagi aku cerita ni best sangat bagi aku even ada la babak tak logik die dalam cerita ni. babak yang dekat hospital dengan kejar penjahat tu paling kelakar. bayangkan la sorang je penjahat tapi satu peluru pon tak kena badan penjahat tu, terasa macam polis malaysia ni tak pandai menembak ke hahaha. yang kedua babak kejar penjahat, penjahat guna econovan je, polis guna mitsubishi lancer. ada ke babak tu amek masa lama gak nak kejar penjahat, last2 baru dapat potong econovan tu, hahaha. logik cerita melayu ni kekadang fail la walaupon die nak mengutamakan aksi tapi logik diabaikan.

kalau cerita holywood nampak la gak logik, penjahat guna lamboghini, polis lak guna bugatti veron. nampak la sama laju nye tu. huhu. tapi apa apa pon cerita ni nice la. even ad flaw tapi okay la dari cerita cintan melayu lain. nampak la improvement dari cerita sebelum ni walaupon aku tak minat sangat cerita tempatan nie. orang ramai kata cerita ni tak best lah, tiru holywood la, aksi tak best lah. tapi bg aku cerita polis evo ni ad plot yang tersusun dan lakonan duo shaheizy sam dan zizan razak menjadi, hahaha

lgi satu watak pejahat die berkesan dan memang power la. nampak la ganas dan kejam. hahaha. secara kesimpulannya, polis evo menunjukkan filem tempatan mampu menjadi sehebat filem holywood. dengan ini marilah kita sokong industri perfileman tempatan kita. tapi aku sokong cerita aksi je la. cerita cintan cintan melayu ni aku tak sokong sebab buat orang melayu tak berpijak di bumi nyata. annoying die lain macam. hahaha pendapat aku la.

okay lah tu je aku nak cter pasal pendapat aku pasal polis evo. nice work polis evo!!! sekian, terima kasih kerana sudi membaca. bye, salam.


CUTI NAK HABIS BRO!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. posting kali ni aku nak citer pasal cuti pertengahan sem. cuti pertengahan semesster universiti kebangsaan malaysia kali ni pada 7/11/15 hingga 15/11/15, seminggu je. tapi senanya aku tak rase sangat cuti mid sem ni. sebab kalau bukan cuti pon, aku dah cuti banyak gak dah. haha tapi nak wat camane, dah dibagi cuti kita jangan tolak, nikmat yang diberikan harus digunakan dengan sepenuhnya. 

tapi masalahnya, setiap kali cuti aku memang takkan jumpa buku atau assignment atau homework. maklum lah orang kata kalau cuti, cuti betul betul. hahaha tapi aku cuti kali ni bosan giler sebab cuti kali ni aku tak buat apa, asyik keluar g sunway pyramid tgk spectre, g time square tgk bouto the movie dan paling latest aku balik sekolah hari jumaat lepas main bola padang dengan junior junior yang dah matang. dulu elok je dak kecik muka innocent, suci, sekarang tinggi matang hensem je. hahaha proud with u junior lols.

tu je kot aku nak citer pasal cuti aku, conclusion nya cuti aku bosan dan assignment berlambak terbengkalai. huhu okay la, time kaseh sudi membaca dan jumpa lagi, assalamualaikum. :D

Sunday, 8 November 2015

NAFSU

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. semoga dalam cuti mid sem ni sihat belaka. jangan lupa buat assignment terutama sekali aplikasi komputer, blog dan tugasan access tau. masa cuti ni lah banyak benda yang korang buat, jalan jalan, pergi riadah, melancong, ziarah dan juga ada yang mereput. masa cuti ni gak la siapa yang dah berpunya tu g jenjalan dengan pasangan masing masing kononnya dah lama x jumpa dan rindu. cuma aku nak nasihatkan kepada semua dan diri sendiri ni supaya jaga batas pegaulan, sebab percintaan sebelum kahwin ni nafsu semata. yelah, kau cinta lelama untuk apa? jangan kata kau setia, kepala hotak kamu la setia. ini semua nafsu, diulangi nafsu.

aku malas nak bash benda ni lelama jadi kita pergi kepada nafsu yang seterusnya iaitu nafsu malas. seperti biasa, bila cuti mid sem ni banyak assignment yang perlu disiapkan dan bila cuti ni jugak nafsu malas nie membuak buak malasnya. so siapa yang malas tu mohon muhasabah balik diri anda sebelum expired nya due date assignment anda. kang x pasal pasal kena tolak carry mark. lepas tu menangis time final exam. tidak dilupakan juga jangan lupa study bagi sesiapa yang mid sem exam lepas habis cuti nanti. sedar2 lah diri nak exam, hari tu exam akaun dengan pengantar kau dah lingkup takkan nak biar kan lak subjek lain ni lingkup sama. muhasabah lah sebelum terlambat saudara ku.

nafsu last yang aku nak cerita pada kali ini ialah nafsu makan. bila balik rumah, secara automatiknya segala makanan yag kita makan akan jadi free sama ada mak masak atau family belanja. hahaha. so memang cuti ni kita akan makan puas puas lah, secara jujur nya nafsu ni paling kuat untuk aku sekarang. tapi nak wat camane, makan banyak banyak pon badan tak naik. so im free to eat anything everywhere and anytime. hahaha. tapi makan tu makan jugak, tapi dalam kita makan tu jangan lupa adab semasa makan, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. jangan membazir tau, ingat lah saudara jauh kita yang serba kekurangan tu.

okay tu je aku punya tazkirah pada kali ini. semoga bermanafaat pada semua. mohon maaf kepada semua jika ada salah silap dan juga kepada yang terasa. sekian, assalamualaikum


APLIKASI KOMPUTER



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada akak akak dan abang abang yang berjaya transfer kredit untuk subjek masing masing terutama nya subjek aplikasi komputer, namun bagi saya subjek aplikasi komputer best la sebab tenaga pengajar seorang yang bersemangat dan baik sebenarnya walaupon suka bahan orang (mohon sir jangan bahan saya huhu). 

first impression dengan aplikasi komputer nie sebenarnya fikir subjek paling bosan, sebab acah dah tahu semua pasal powerpoint word atau secara meluasnya it ni la. lagi satu rasa macam subjek yang paling menyakitkan hati sebab selalu kenakan orang, tapi lepas habis first class tu mula nya fikir nak tukar kelas, tapi sebab nak jadual best, amik jugak la kelas set 2 aplikasi komputer ni, hahahaha. 

lepas masuk second class nie baru la aku tahu, kelas app comp nie best giler sebab antara lima kelas wajib yang kena hadir, aplikasi komputer je kelas xngantuk. mungkin sebab banyak borak n bole la kenal gak budak kelas lain. macam kelas lain dekat kuliah belajar dan dengar je apa lecturer ajar eventho tak faham. dalam kelas app comp ni alhamdulillah, walaupon banyak main, gelak dan santai tapi aku faham ap lecturer aku sampaikan. muahaha

kan aku ada cakap tadi yang app comp nie bosan sebab rasa macam tahu semua benda pasal it nie. bila masuk je kelas ni baru lah aku tahu camane nak wat blog, mail merge, drop cap dan terbaru pasal access. terima kasih sir ajar saya dan rakan rakan dengan penuh sabar hahaha. 

okay lah sampai sini je aku nak cter pasal subjek aplikasi komputer set 2 ni. semoga berjumpa di lain post. hahahaha. belanja gambar cket >_<

Monday, 2 November 2015

MARI MAKAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca, hari ini aku ingin bercerita pasal tajuk yang paling senang giler dalam dunia nie, aku pon taktau kenapa tajuk kali ni senang sangat, terasa tak mencabar buat bende nie. hahaha okay kali ini aku nak cerita pasal makanan. first of all, aku nak cerita makanan feveret yang paling cliche di dengar, iaitu masakan ibu, masakan ibu yang paling sedap dan mengancam, kalau tak dapat tu bole rasa serba serbi tak cukup. masakan ibu yang paling aku suka, nasi goreng biasa ibu, fuuuh sedap giler. memang kalau pergi kedai lain selalu pesan nasi goreng biasa mereka, tapi x sehebat ibu. hahaha. cukup la aku cter pasal nasi goreng biasa masakan ibu aku kat korang, takut korang jeles je. hahaha

yang kedua aku suke satu tempat ni nama Muara Ikan Bakar dekat Tanjung Harapan, Port Klang. special nya restoran ni sebab sotong goreng tepung die yang dimakan bersama nasi lemak. sedap doe!!! tapi hari tu datang 4 orang je, ibu, ayah aku dengan adik bongsu aku, so sotong banyak lebih, tak habis sotong kitorang, selalu nya gaduh adik beradik nak makan sotong goreng tepung tu. huhu tp xpe la. lepas spm adik aku banyak free bole la die kerja lepas tu belanja aku makan sana lagi. yang ibu lak sukka makan ikan bakar dekat sana, xtau la apa yang best dengan ikan bakar sebab tak pernah rasa, tak berminat dengan ikan hahahhaha

okay tu je dulu aku nak cerita sebab aku kena siapkan kerja konvo. huhu. semoga para pembaca bole la kunjungi restoran Muara Ikan Bakar tu, sedap la gak. hahahaha sekian dari saya. terima kasih

2 . 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. hari ini aku bercerita mengenai menarik nya mengenai 2.11. angka ini bole jadi macam macam, bole jadi nombor perpuluhan dan juga tarikh. TAPI aku nak cerita mengenai menarik nya tarikh 2.11 ini. pada tahun 2015, 2.11 bersamaan dengan hari isnin telah berlaku tiga kejadian menarik.

YANG PERTAMA
pada tarikh 2.11.1973 telah lahir seorang insan yang tak lain tak bukan seorang yang aku cinta, yang aku sayangi, yang aku hormati. seorang insan yang tiada tandingan pengorbanan nya, iaitu ibu, Rozina binti Abdul Rahman. hari ini ibu genap berumur 42 tahun (masih muda n always muda di hati aku) terima kasih ibu, sentiasa sabar dengan aku, beri makan dan minum yang cukup, didik aku secukup nya jadi orang yang berguna untuk hidup. ibu selalu pesan, pilih kawan yang baik baik, belajar elok elok, jangan main je keje dan banyak lagi. dalam banyak banyak yang dipesan,, hanya jangan banyak main tu je payah nak ikot. hahaha mungkin sebab ikot ayah, jenis kuat main and bersukan. hahaha.. have a blast day ibu, semoga kekal bahagia bersama ayah dan kami anak beranak. :*

YANG KEDUA
pada tarikh 2.11.2015 pula berlaku due kejadian yang menarik juga dalam hidup aku, yang pertama 2.11 juga merupakan tarikh bermulanya peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),, specialnya sebab adik aku, Muhammad Nor Firdaus menduduki SPM dan bakal graduasi dari sekolah nya (lupa nama sekolah sebab aku bukan abg yang baik, hahaha). yang paling tak tahan bole lak die mintak tips dari aku pasal spot spot question dari aku. sori la angah, abg kau dulu survive sendiri, soalan spot ni xbole caya, banyak tembak tak kena, bole tension gak tgk soalan spot nie, hahaha pape pon goodluck la angah, SPM senang je, kau fail repeat je la, sape soh fail hahahahahaha. okay yg kedua pula, tarikh ni juga merupakan hari konvo yang kelima, lagi satu hari nak habis, muahaha. helizza helmi datang ke panggung seni dalam slot suara al-aqsa. walaupon jauh, kejelitaan heliza huhu cantik sangat. lemah lutut tengok die. muahahaha

okay tu je la nak cerita, sebab kena buat persiapan untuk slot konvo, maklum lah aku seorang sekretariat berjaya ihiks. doakan saya esok ada exam mid sem pengantar pengurusan pada pukul 11 pagi :D