Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. sabtu lepas bersamaan 24/10/2015 merupakan tarikh kejohanan sukan universiti kebangsaan malaysia (SUKEM) di stadium hoki seremban 2, seremban. kolej rahim kajai telah menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan dalam pertandingan kali ini. diwakili oleh rata rata pelajar tahun satu juga termasuk aku, oleh itu harapan kami dalam SUKEM kali ini tidak lah sebesar yang diharapkan.
ditempatkan dalam kumpulan c bersama KBH, KIY dan juga KKM. perlawanan pertama kami menentang KBH, game yang 50-50. minit awal permainan kami banyak mengatur serangan namun gagal menyudahkan serangan ke dalam gol lawan. aku mempunyai peluang untuk score namun disebabkan kedudukan dan handling yang tidak cukup bagus bola terlepas dari aku macam tu je. namun di akhir minit permainan KBH menjaringkan gol dan tak lama selepas itu, ketua eksekutif (k.e) KRK, razali muncul wira selepas gelecekan dan hantaran catik dari ahmad zuhdi lalu menjaringkan gol penyamaan. game kedua kami menentang KIY,, keputusan hanya lah sekadar 0-0. perlawanan terakhir kumpulan kami dengan misi wajib menang ke atas KKM nyata menjadi selepas k.e Razali sekali lagi menjadi wira menyambut bola muntah lalu memukul bola dengan cantik ke pintu gol lawan. engan itu, KRK berjaya mara ke suku akhir dengan menjadi naib johan kumpulan c
di suku akhir kami menentang KDO. sebelum game, coach kami yang merupakan final year student bg kami kata kata semangat. beliau mengharapkan kemenangan ke atas KDO supaya dapat memasuki peringkat separuh akhir untuk memastikan pingat menjadi milik KRK. namun mimpi di siang hari, kami kalah kepada KDO dengan penalti 1-2 selepas tamat masa penuh 0-0. kami ahli pasukan hoki lelaki KRK telah membuat yang terbaik namun rezeki bukan milik kami. begitu juga kisah aku pada 2 tahun lalu, dimana aku mewakili sekolah diperingkat daerah di suku akhir,, juga kalah penalti 1-2 di tempat yang sama. aku rasa patah hati dan menyesal. huhu
akhir kata, maafkan kami coach, thanks sebab ajar kami, tahun depan ktorg akan menaikkan nama kajai lg sepanjang pengajian kami dalam menjadi warga kajai. semoga pelajar tahun satu hadapan ramai yang hebat dan bole jadi pelapis hoki. hahaha aminn. sekian dari saya terima kasih.



